Lama tak buka blog..so busy dengan kerja and sebagainyaa...muehehehe...update pasal holiday hari tu ke Medan lah..tu pun sudah berzaman baru mau update..so sad masa mencemburuiku..Buat entry ni supaya next time senang ..:p
Itinerary Medan
=================
12/09 - 17/09/2017
Tiket return KK-KL-KL-MEDAN = RM324.96/Per pax
Grab car bahagi 4 orang( airport ke kota medan)= RM7.75
Digi internet & call luar negara = Rm20
Hotel ( malam pertama sampai )= Rm40.00
Grab car bahagi 4 orang( jenjalan di mall)= Rm3.75
Harga
Pakej Per pax( Hotel , makan,transport, fee start 13-16)= Rm490
Total sorang =RM 886.46
Ni tak lah termasuk segala shopping . Yang tu ikut bajet
sendiri. J
Mmg suda google awal dan byk baca info, tempat wisata di Medan semuanya jauh , so lebih baik ambil pakej tour yang include semua makan, jalan, hotel, fee feri dan sebagainya. Kira bawak duit shopping ja. Kami ambil pakej dengan Herry-Cuti Bajet Medan (Facebook) so deal dengan Pak Herry. Pak Herry bagi harga RM490/pax start 13/09-16/09.
Tiket memang book awal 7 bulan lebih kurang.
Beli tiket KL-medan dulu, then tunggu harga tiket murah lagi baru beli KK-KL.
=================
Hari Pertama.
12/09 tu kami sampai Medan petang so tak mau ambil Pak Herry sebab dah lewat pun, harga pakej up sikit if dia amik dari airport. Kami decide naik grabcar ke Kota Medan. Sampai airport terus request grabcar harga Rm31 ke Kota Medan. Oh ya, kami semua pakai Digi, so sebelum jalan semua dah aktifkan roaming utk luar negara Rm20/permonth 5GB internet..haha Takpayah lagi beli simkad di sana.. Hotel untuk malam pertama kami sendiri book melalui traveloka.Hotel malam pertama Swiss Bell In - Rm80.19 ( 1 bilik ). Kami amik 2 bilik connecting room. Include breakfast yer
Baru tiba di Kuala Namu Airport.. Bagus abang grab ni dia yang beria-ia suruh kami tangkap gambar
Lepas Check in segala , mandi, rehat turun makan dalam hotel tu jugak..Sedap yang amat nyumm
Hari pertama Done...Balik bilik tidurrrrr zzzzzzzz
Hari Kedua.
Hari kedua start ikut tour dah dengan pak Herry. After breakfast jam 8am,pemandu pun sampai. So hari pertama terus ke
-Kebun strawberry
-Lunch
-Pekan Buah Berastagi
-Check In hotel Green Garden
-Makan malam di Pekan Berastagi
Awal pagi kedua breakfast dulu..Wow...Ibuk makan apa itu ibuk?? hahaha k fine tak lawak
Awww...pasangan romantikaaaa HAHAHAHA
Check out Hotel Swiss In dan menuju ke Berastagi
Singgah makan durian
Singgah di kebun strawberry
Terima kasih suamiku <3
Tiba di Berastagi, Lunch..Masa ni ada kejadian tak terduga....
Hari kedua ni ada kejadian jugak la. Haha sekarang baru boleh ketawa, masa kejadian nangis tak berlagu. After lunch, dompet husband hilang. Yang hilangkan? AKU. So kejadian disedari setengah jam kemudian masa tgh jalan di pasar buah mau beli spek mata haha. Mau byr tak jumpa wallet husband. UWAAAAAAA…dalam tu ada duit,ic,kad bank,segala mak nenek kad ada. SO can u imagine?
Masih yakin posing walau telah menghilangkan dompet suami..sob sobs....
Berbalik kepada cerita dompet...Nasib la
Angga (tour guide ) ni sangat lah cepat, tangkas, laju. Dia bawak balik ke restoran lunch tadi. Masa
first pegi, pekerja sana tak ngaku . Kami tinggalkan restoran tu. Pergi ke
pasar lagi, Cari di pasar tak jumpa.
Pasar buah yang ku ingatkan aku tercicir dompet tersebut...bukan di sini tempat kehilangan buk..rupanya dompet telah hilang sebelum di sini lagi...phewww....
Kemudian Angga ajak balik ke restoran,
jumpa bos dia kami minta check rakaman cctv. Bos dia cakap datang semula kul 4pm. Masa
tu baru kul 2pm. So kami keluar semula. Tapi Angga tak puas hati datang lagi kali
ke 3, datang ja terus bos dia keluar bagi dompet tu….Uwaaaaa….alasan baru jumpa.
Tak logic langsung. Tapi entah kenapa aku tetap bagi juga RP100000 sebagai tanda
terima kasih.
Kemudian kami pun balik ke hotel...Mihmihmih...Husband muka masam wakakakaka..Yalah tak kah karau kalau kehilangan dompet tu...peh tak dapat ku imagine...Harus lah aku pun drama menangis kerana kena marah akibat cuai...mihmihmih...
Petang nya kami mandi swimming pool..Sejuk amat sangat..Pelik aku dengan mereka bertiga selamba terjun..Aku menggigil tahap serangan asthma...Hahaha...Kenangan indah yang amat bermakna
Sebagai penutup part 1 ini, sila zoom dan hayati makna kata-kata di lori tersebut...hihihi sweet habis
#doaisterimembuatdagangankuhabis
#takusahkamutaususahnyaakudijalancukupkamutausenangnyaakudirumah
Chao...Nanti ai rajin ai publish pasrt 2 okayyy...hugs <3
p/s:Entry ini telah lama ditulis tetapi disimpan sebagai draft ajak buk..Baru ku publish...
No comments:
Post a Comment