Ada masa untuk menulis blog sekejap..Kali ni kisah tentang pencarian susu formula Baby ami Aaira yang hampir 2 bulan usia nya...Jangan tanya mengapa tak teruskan fully breastfeed, masih bagi pun cuma persediaan untuk masuk kerja nanti..Kena cari susu yang sesuai sebelum mula bekerja. Stok susu bf ami tak cukup banyak untuk Aaira..Well, susu ibu tetap yang terbaik :)
Maka sebelum pencarian bermula, gigihla ami meng'google jenis-jenis susu...tettt...Punya lah banyak jenis..Baca setiap satu sampai Papa Aaira yang terlebih rajin siap buat dalam dokumen excel untuk comparison..Harga sekali semua..Gigih amat ya.
So, susu pertama yang ami terdetik hati mahu cuba ialah susu jenama Snow Neo Baby. Susu ni asalnya dari jepun, Di buat di Australia. Kenapa mahu try susu ni? Mungkin sebab terpengaruh dengan bacaan blog , susu ni konon banyak orang cina guna, antara susu yang femes sebab boleh bagi baby gebu gebas..Dan dia ada kandungan special dalam susu tu. Harga so-so, tak mahal tak murah. Setin 350gram RM35.90. Harga berbeza sikit lah ikut kedai. Rasanya Giant Batu 6 Sandakan murah lagi, Ami beli di Servay batu 4. Malangnya susu ini tak serasi dengan Aaira, kali pertama minum 2 oz , then next day ami bagi lagi 2 oz, hari ketiga bagi 4oz selepas tu kulit muka Aaira merah selepas minum, kemudian ruam. Dan malamnya Aaira tidak dapat tidur, merengek nangis..Rasanya susu ni agak panas dan tak sesuai.. Masa ni juga start Aaira takda beyak..
Snow Neo Baby RM35.90 35Ogram
Kandungan spesial :)
Maka ami pun start cari susu kedua. Ami whatsapp kawan tanya mereka guna susu apa, dua orang kawan ami Ika dan Zana , guna susu Lactogen. Sesuai untk baby mereka. So, ami suruh papa beli. Lactogen ni susu masa papa dan ami kecil dulu-dulu. Terfikir mungkin sesuai lah ni dengan Aaira mihmihmih...Papa beli di Gentingmas Mall Sandakan, Harga 350 gram murah amat Rm10 something. Pek paling kecil. So,mulalah Aaira cuba susu ni. Ami terus bancuh ikut sukatan umur 1-2bulan. 5 sudu. Nampak susu tu pekat sangat. Lepas minum, perasan Aaira muak susu terlebih banyak dan ruam masih ada tapi on off. Muak tu keluar dari hidung dan mulut. Walaupun sudah sendawakan.Dan yang muak keluar susu tu pekat sangat..Makin risau sebab takut tersedak,so berhenti bagi susu Lactogen ni..Ami terfikir mungkin perlu kurangkan sukatan ? hurm...Salah satu sebab kenapa Ami cuba susu ni juga sebab susu ni sesuai untuk baby yang sembelit tak beyak kerana ada kandungan L.Reuteri. Tapi selepas minum ni, Aaira still tak membuang..sobs..sobs...
sumber dari google
RM10 350gram
Keluaran Nestle :)
Lepas kes ruam,muak susu, tak beyak, dan susu panas ami start google susu khas ataupun rumusan khas. Kerana ada bayi yang tidak dapat terima atau elergi susu lembu. Tanda-tanda tu ada pada Aaira. So, ami google dan jumpa 2 pilihan. Nestle Nan HA dan Dumex HA. HA ialah stand for Hypo Allergic. Susu HA ni masih daripada susu lembu tetapi kandungannya telah di pecahkan kepada lebih kecil bagi memudahkan bayi yang elergi ni untuk consume susu ni. Lebih kurang macam tu lah kefahaman ami. Maka, susu ketiga ialah Dumex HA.
Wah puas ami cari susu ni. Tak semua kedai ada. Banyak yang habis stok. Ami ada jumpa di Giant Batu 6 Dan di Parkwell Batu 8. Harga 400gram RM35.70. Dan susu ni hanya ada dijual tin kecil sahaja. Giant lagi murah RM34. Susu ni yang paling yakin ami mahu kasi cuba Aaira sebab kan rumusan khas.So fikir oklah...Sangkaan ku meleset sama sekali..Susu ni buat ami trauma..hahahaha Ruam Aaira ok, masih tak beyak hari ke 5, dan tambah 1 masalah iaitu KEMBUNG PERUT. 1st bagi Aaira 3 oz jam 8 pagi, then dia tidur. Start jam 11 smpai 4pm dia mula bangun dan menangis. Ami masih tak tahu punca, i guess must be something wrong. Lepas mandi jam 5, ami bagi lagi 3 oz susu tu. Dan mula lagi dia nangis tak berhenti.Sampai pagi tidur pun sekejap ja. Esoknya papa terus pergi belikan ubat kembung perut di farmasi. Dentinox Infant Colic Drops. 10 BINTANG untuk ubat ni. 10 minit lepas minum sesudu, Aaira terus tidur lena dan bangun takda kembung perut lagi..Phewww...Terus trauma mau bagi minum susu ni lagi.
Dumex hypoallergenic RM35.70 400gram
Kandungan Spesial :)
Oleh kerana Aaira still tak beyak masuk hari ke 6, Ami pergi beli susu Novalac IT. Ataupun nama Baharunya Novalac Easinova. Khas untuk bayi sembelit. Harga Rm51.60 (inc gst ) tapi dapat RM46 400gram. Oh ya , susu ni rumusan khas takda dijual di pasaraya, hanya ada di farmasi sahaja. Ami bancuh 3 oz dan bagi Aaira. Masa ni tawakal saja sebab risau dia tak beyak tapi risau juga ada elergi lain muncul. After minum , Aaira ada muak susu , dan keluar dari hidung juga. Adeh..4 jam kemudian, Aaira BEYAK. Finally....Tapi beyak sikit...Esok paginya Aaira BEYAK kali ke 2..WEEEE...Sangat banyak ok, tapi Aaira macam tak sembelit pun, takda nangis, BO Aaira pun lembut dan kaler kuning macam biasa. HAHAHA Terus Ami confuse..Aaira ni sembelit atau tidak..Tapi lantaklah yang penting dia dah start membuang so kerisauan tu hilang ...
Novalac Easinova RM46 400gram
Nama sebelum Ialah Novalac IT :)
Oleh kerana trauma dengan susu formula, maka ami stop dulu sekejap, next ami mau try susu enfalac ataupun frisogold..Mudahan ada yang sesuai..sekarang cuma bagi Novalac selang 3 hari sekali jika Aaira tak beyak..
Kisah susu Aaira...Dan bakal bersambung nanti :)
K lah, nanti sambung lagi sementara ada masa belum masuk kerja ni boleh la update entry. Banyak lagi masih dalam draft, sebab malas mau transfer gambar. Mau share pengalaman mengandung, bersalin, masuk wad sebab anak sakit yang mana menguji fizikal dan mental kali pertama jadi ibu ni...Wahh banyak sangat cerita, Hehe Ami memang minat berblog dan pembaca blog tegar, dan selalu ikut contest. Blog lama dulu Start tulis 2012 hingga 2014 stop..Now blog tu dah tak wujud kerana isi kandungan yang tak sesuai hahahaha Masa masih gila-gila remaja :p
Till next time , then!
Love,
Ami
Sangat bermakna pengalaman mencari susu formula sis ni pada sy. Sebb sy pun dilema ni xtaw nk bg susu ape
ReplyDeleteSangat membantu...kerana ssya pn mgalami mslh yg sama...baby...tk beyak...
ReplyDeleteSkrg guna brand snow...
Tp mcm tk sesuai...
Better bg enfalac sbb susu ni mudah dihadam.ank sy skrg num 26 ok tp masuk 4 bulan dah sembelit.sy pn nk bertuka kepada enfalac juga
ReplyDeletesusu dutch baby ok sis.
ReplyDeleteanak sy berak hr2.. tahi kuning.. lagi murah
The Best Casino Sites 2021 | Lucky Club
ReplyDeleteCheck out our list of the best casino sites to luckyclub play at with a $50 free bonus when you sign up and play for real money. Check the selection now!